Kain benang sutera yang telah wujud di Negara China sejak tiga milinium sebelum Masihi lagi, kini telahpun berada di seluruh pelusuk dunia. Tidak terkecuali Malaysia, terutamanya Terengganu yang terkenal dengan pembuatan halus batik- batik suteranya.
Sutera sebenarnya ialah gentian protein semulajadi yang kemudiannya ditenun menjadi tekstil. Hasil ujikaji dan penemuan-penemuan terbaru telah membawakan kepada kita pelbagai jenis fabrik sutera pada hari ini.
Antara fabrik sutera Terengganu :
~Kain Sutera Jacquard~
Antara jenis sutera yang popular. Sememangnya terkenal dengan kualiti terbaik di dalam industri batik sutera. Menjadi pilihan ramai kerana kainnya yang lembut, sejuk dan selesa dipakai dan kainnya tidak mudah pecah apabila digosok atau dibasuh. Di samping itu, harganya juga berpatutan dan mampu milik.
Ditambah pula dengan hasil kerja tangan pencanting batik yang berkemahiran tinggi, maka terhasillah koleksi sutera Jacquard yang hebat untuk anda!
~Kain Sutera Crepe~
Juga antara yang popular. Kainnya agak nipis tetapi tidaklah senipis chiffon. Bergantung kepada pemakai sama ada hendak memasang alas baju (lining) atau tidak. Kebiasaannya tidak perlu, memandangkan kainnya yang tidaklah terlalu jarang.
Jenis kain ini sangat sejuk dan lembut dan semestinya juga amat selesa dipakai.
~Kain Sutera Satin~
Antara koleksi kain sutera terbaik. Memiliki kualiti sutera yang sangat tinggi dan amat sedap di pakai. Kain jenis ini nipis, lembut dan halus buatannya justeru itu harganya pun amat tinggi berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, membeli sutera ibarat 'alah membeli menang memakai'.
~Kain Sutera Jacquard-Chiffon~
Rekaan terkini di dalam industri batik sutera. Namun begitu kain chiffon nipis maka perlulah dibuat alas baju (lining).
Biasanya gabungan kain ini dijadikan dalam bentuk 2 meter sutera jacquard yang selalunya dijadikan kain dan 2 meter lagi dari jenis chiffon untuk baju.
WALAU APA JENIS KAIN SEKALIPUN, JAMINAN HANYA YANG TERBAIK DARI BATIK SUTERA CANTIK UNTUK SEMUA.
















No comments:
Post a Comment